Sunday, November 1, 2009

MESRA LIFE TERM TAKAFUL vs MRTA/ MRTT??

Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance/ Takaful (MRTA/MRTT) dan Mesra Life Term Takaful bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....


MRTA/ MRTT

Untuk pengetahuan semua MRTA/MRTT atau Mortgage Reduced Term Assurance/ Takaful merupakan sejenis perlindungan insurance/ takaful untuk pinjaman/ pembiayaan rumah. Tujuan MRTA/ MRTT adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh atau Total Permanent disability (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA/ MRTT ini akan menyelesaikan baki pinjaman yang tertunggak.

Ciri-ciri MRTA/ MRTT adalah seperti berikut.

1. Bayaran sekali gus (lump sum).
2. Boleh dimasukkan didalam jumlah pinjaman/ pembiayaan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bayaran secara bulanan bersama-sama ansuran bulanan prumah). Tapi premium tersebut akan dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar sebenarnya lebih tinggi dari sepatutnya.
3. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
4. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takaful endowmen sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.


KELEMAHAN MRTA/ MRTT:

1. Tidak boleh dipindah milik ke hartanah yang lain, pinjaman atau pembiayaan yang lain atau bank yang lain. Setiap kali kita menjual rumah yang ada MRTA/MRTT itu, polisi tersebut akan terbatal. Produk yang tidak fleksibel.
2. Benefisiari adalah bank, dan biasanya bank simpan polisi anda. Anda mungkin terus lupa tentang polisi anda sehinggalah ketika anda menebus hartanah berkenaan.
3. Kadar premium yang meningkat. Dengan umur yang meningkat semestinya premium MRTA/ MRTT lebih mahal. Sekiranya kita telah mengidap sebarang penyakit kritikal, tiada syarikat yang mahu menawarkan MRTA/ MRTT lagi untuk hartanah yang baru diperolehi itu.
4. Tidak layak untuk pengecualian cukai pendapatan. Kerajaan baru sahaj menaikkan ia ke RM7,000 setahun
5. Lagi cepat anda bayar, lagi sedikit perlindungan kerana MRTA/ MRTT hanya melindungi jumlah tak berbayar.
6. Perlindungan hanya bermula setelah Pengeluaran pertama dibuat (first drawdown), walaupun surat tawaran pinjaman/ pembiayaan telah ditandatangani. Kalau projek itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan, kena berharap agar tiada sebarang kejadian atau musibah menimpa kita..

eTiQa Takaful (Mesra/ Ehsan) i.e. MLTT boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman/ pembiayaan, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah/ caj keuntungan oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau tempoh polisi yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksibel. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap di sepanjang tempoh polisi. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini lebih menjimatkan & menguntungkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman, sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain seperti medical card, elaun hospital dan penyakit kritikal.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat. Bila nilai tunai ini matang, ia boleh digunakan untuk pelbagai keperluan termasuklah penebusan awal (early redemption), pendidikan anak-anak, umrah/ haji, belian hartanah yang lain dan macam-macam lagi. Tiada caj dikenakan atas pengeluaran sebahagian.

Alternatif kedua yang lebih murah ialah eTiQa Ehsan, dengan nilai perlindungan yang kekal sama sepanjang tempoh polisi tetapi tanpa nilai serahan/ nilai tunai.

Hubungi saya di 0199525837 untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

All Rights Reserved by SyedFarid.eTiQa