Saturday, March 28, 2009

APAKAH ALLAH TERIMA TAUBATKU????!!

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat…
Firman Allah bermaksud,: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’ 4:17)

Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri...
Firman Allah bermaksud: ”Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendakalah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.” (An-Nisa 4:16)

DIA memaafkan kesalahan yang kamu lakukan.....
Firman Allah bermaksud: ”Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Syura 42:25)

DIA memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya
Firman Allah bermaksud: ”Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al-Taubah 9:15)

Sumber: Solusi Isu #3

No comments: