Sunday, May 24, 2009

ALLAH PERANGI PEMAKAN RIBA'

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri

Syeikh Sya'rawi berkata: Ayat ini merupakan permasalahan alam yang dilupai serta lalai oleh kebanyakan manusia justeru datang peraturan untuk memelihara satu golongan daripada golongan yang lain. Peraturan ini tidak datang kecuali selepas adanya golongan ahli riba yang menzalimi golongan fakir miskin yang lemah. Justeru golongan miskin dan lemah ini sentiasa diambil kesempatan oleh golongan pemakan riba. Lantas Allah menurunkan ayat ini.

Firman Allah: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu.

An-Nasafi berkata: Allah izinkan peperangan dan tidak menyebut dengan peperangan Allah dan Rasul-Nya tetapi dengan peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya kerana ini lebih kuat maknanya. Ini kerana makna izin merupakan merupakan jenis daripada perang lebih besar di sisi Allah dan Rasul-Nya dengan sebab itulah kabilah thaqif berkata kami tiada apa untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.

Al-Maghaghi berkata: Ayat ini menunjukkan sebagai suatu isyarat kepada tiadanya kepatuhan terhadap perintah-perintah syarak keluar daripadanya dan menghina dengan hukum-hukumnya. Justeru layaklah Allah murka dan memeranginya dengan sebab memakan riba dan beliau menyatakan penyaksian yang jelas menunjukkan sebesar-besar dalil atas kebenaran ini maka banyaklah mereka yang memakan riba pada permulaan yang kaya berkesudahan dengan meminta-minta kepada manusia.

Sayyid Qutub berkata: "Alangkah dahsyatnya perisytiharan perang dari Allah dan rasul-Nya, iaitu satu peperangan yang harus dihadapi jiwa manusia, satu peperangan yang ngeri memang diketahui akibatnya. Sedangkan manusia yang lemah itu dapat bertahan di hadapan kekuatan Ilahi yang Maha Gagah yang membawa kebinasaan dan kemusnahan itu".

Rasulullah SAW itu memerintahkan gabenornya di Mekah selepas turunnya ayat-ayat ini di masa kebelakangan supaya memerangi keluarga al-Mughirah di sana jika mereka tidak berhenti menjalankan muamalah dengan riba.

Sebelum ini beliau memerintahkan di dalam pidatonya pada hari penaklukan Mekah supaya dihapuskan semua hutang riba di dalam jahiliah, terutamanya hutang riba bapa saudaranya al-Abbas, daripada tanggungan orang yang berhutang yang masih dipikul oleh mereka dalam satu tempoh yang lama selepas Islam.

Sehingga masyarakat Islam menjadi matang dan kukuh segala asasnya dan di waktu ini tibalah masanya bagi sistem ekonominya berubah seluruhnya dari asas riba itu.

Rasulullah SAW telah bersabda dalam pidatonya ini: Seluruh (hutang) riba di dalam jahiliah adalah diletakkan di bawah dua tapak kakiku ini (dihapuskan) dan awal-awal (hutang) riba yang aku letakkan kakiku (hapuskan) ialah (hutang) riba al-Abbas.

Al-Imam atau pemerintah Islam - apabila dilantik adalah berkewajipan memerangi golongan yang masih berdegil mengamalkan sistem riba dan menyalahi perintah Allah walaupun mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai orang Islam sebagaimana Abu Bakar r.a memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah serta mendirikan solat. Sebabnya, seseorang yang enggan mematuhi syariat Allah dan enggan melaksanakannya dalam realiti hidupnya bukanlah seorang muslim yang sebenar.



Namun, perisytiharan perang oleh Allah SWT dan Rasul itu membawa pengertian lebih luas daripada pengertian perang dengan mata pedang dan meriam dari pihak pemerintah. Malah peperangan ini - sebagaimana diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar perkataan-Nya - adalah diisytiharkan ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan sosialnya.

Peperangan ini dilancarkan dalam bentuknya yang syumul dan merangkumi segala-galanya, iaitu peperangan yang menyerang saraf dan hati manusia, peperangan yang menyerang keberkatan dan kemewahan, peperangan yang menyerang kebahagiaan dan ketenteraman.

Peperangan yang dilancarkan Allah SWT yang membuat penderhaka undang-undang dan peraturannya itu berperang satu sama lain, peperangan, pengusiran dan pergaduhan serta kezaliman dan akhir sekali peperangan bersenjata di antara bangsa-bangsa, di antara tentera-tentera dan negara iaitu peperangan yang membawa kemusnahan akibat daripada sistem riba yang terkutuk.

Bernyala membakar Pemakan-pemakan riba dari kaum kapitalis dunia inilah yang menyalakan api peperangan itu sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Itulah peperangan yang tidak kunjung padam yang diisytiharkan Allah ke atas golongan manusia yang bermuamalah dengan riba. Kini peperangan itu sedang bernyala membakar segala yang hijau dan segala yang hijau dan segala yang kering di dalam kehidupan manusia yang sesat, tetapi mereka tidak sedar, malah mereka fikir mereka sedang mengaut keuntungan dan maju ke depan setiap kali mereka melihat bukti-bukti barangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka.

Barangan yang dikeluarkan itu sepatutnya memberi manfaat dan kebahagiaan kepada manusia andainya ia dihasilkan daripada sumber yang bersih. Namun barangan tersebut terhasil daripada sumber riba yang kotor yang hanya melambangkan timbunan sampah saraf yang mencekik pernafasan manusia dan menghempapnya oleh para pemakan riba dunia yang tidak pernah merasa kesakitan manusia yang terhempap di bawah timbunan barangan riba yang terkutuk itu.

Firman Allah: Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

Ibn Kathir berkata: Dengan meletakkan nilai modal yang asal menyebabkan tidak berlaku zalim menzalimi inilah penyelesaian Islam berhubung dengan taubat daripada riba. Sedangkan An-Nasafi berpendapat mereka yang berhutang tidak dikenakan bayaran lebih daripada hutangnya di samping tidak dikurangkan hak pembeli hutang.

(utusan malaysia)
All Rights Reserved by SyedFarid.eTiQa

Sunday, May 17, 2009

T A K A F U L.... adalah

# Keperluan Bukan Kemewahan. Ia adalah aset semasa makmur & aman dan juga semasa kecelakaan & kesusahan

# Modal berupa wasiat yang tidak boleh dilupuskan & menjadi kuasa memperolehi jaminan pendapatan yang tidak terhapus

# Pelan yang menjamin jumlah yang ditentukan pada masa-masa yang tidak menentu

# Cara untuk mempelbagaikan pelaburan dengan selamat (dijamin Kerajaan)

# Pelan Kewangan yang membolehkan seseorang menukar pendapatan sekarang kepada pendapatan masa hadapan yang diketahui jumlahnya & dijamin

# Kepercayaan kewangan yang berasas, harapan yang nyata kasih sayang yang tidak luput

# Kebolehan kita untuk menyimpan pada hari ini bila kita berupaya bekerja akan menjadi bekalan yang tersedia apabila tiada lagi keupayaan untuk bekerja nanti

# Jalan pintas dalam perjalanan hidup yang panjang

# Cara dimana wang bekerja untuk anda apabila anda tidak bekerja untuk wang

# Sumber kewangan melalui sejumlah wang diketahui tempoh matangnya, sama ada untuk kegunaan tanggungan/ waris atau buat masa tua anda.

All Rights Reserved by SyedFarid.eTiQa

Wednesday, April 15, 2009

FINANCIAL PLANNING IN GENERAL



Financial Planning is everything about planning your finance. It is all about money from the money you earn & the money you spent. Generally, financial planning involves planning for spending and saving future income. This plan allocates future income to various types of expenses, and also reserves some income for short-term and long-term savings. Broadly, it is a process of determining an individual's financial goals, purposes in life and life's priorities, and after considering his resources, risk profile and current lifestyle, to detail a balanced and realistic plan to meet those goals. The individual's goals are used as guideposts to map a course of action on 'what needs to be done' to reach those goals.

Steps in financial planning:

1. Cashflow management:
o Knowing your current net worth. Generally your total asset minus your total liabilities.
o Eliminating bad/ doubtful debts.
o Frequently save some of the money.
o Lifestyle management

2. Takaful/ Insurance Planning
o Managing risks by ensuring all your family members and assets are well protected with comprehensive takaful/ insurance coverage. This includes education planning for your kids.

3. Investment Planning
o Consider where to channel your saving to a better place where it can generate higher return or the dividend

4. Retirement Planning
o Planning to ensure financial independence at retirement. Surely you want to retire rich and not poor. This is important aspect of financial planning and somehow many people did not think for the future.

5. Tax Planning
o Planning for the reduction of tax liabilities and the freeing-up of cash flows for other purposes, under the local tax regime.

6. Estate Planning
o Planning for the creation, accumulation, conservation and distribution of assets. An estate planning or a will can provide financial security for your family, thus your property is preserved and passed to beneficiary in a proper manner. For muslim, you can hire an Islamic Estate planner so that the Will is in accordance to Syariah.

SIMPLE FINANCIAL CHECK-UPS


1. Have you engage any Estate Planner to facilitate the distribution of your assets to your loved ones according to Islamic Laws?

2. Do you have Takaful or insurance coverage of at least 10 times your annual income?

3. Do you have enough savings to cover at least 6 months of my monthly expenses?

4. Have you plan your retirement fund to build up to at least 10 times of your annual income?

5. Do you have critical illness takaful or insurance to cover at least 2 times your annual income?

6. Have you engage in a medical takaful or insurance plan that will take care of my medical & hospitalization expenses at minimum cost (min 90% discount)?

7. Do you have a trusted financial professional to look after your financial well-being?

8. Have you plan for the university’s education fund for all of your children?

9. In the event of my death or total permanent disability, will your house be fully paid?

10. If you were to sell your house now, would you have enough money to pay off the outstanding mortgage?

Thursday, April 9, 2009

Kau Yang Satu- Ramli Sarip




Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU

Saturday, March 28, 2009

APAKAH ALLAH TERIMA TAUBATKU????!!

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat…
Firman Allah bermaksud,: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’ 4:17)

Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri...
Firman Allah bermaksud: ”Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendakalah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmatNya.” (An-Nisa 4:16)

DIA memaafkan kesalahan yang kamu lakukan.....
Firman Allah bermaksud: ”Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Syura 42:25)

DIA memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya
Firman Allah bermaksud: ”Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikendaki-Nya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al-Taubah 9:15)

Sumber: Solusi Isu #3