Saturday, November 22, 2008

KENAPA PERLU TAKAFUL

BARU BERKAHWIN
Mendirikan rumah tangga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan Takaful mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.

ANAK
Setiap ibu bapa memiliki impian untuk menyediakan segala yang terbaik dan sempurna buat anak-anak mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan anak-anak mestilah diberikan keutamaan, tetapi ia juga menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa masa kini. Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja, anda perlukan sebuah pelan untuk mencapainya. Cara terbaik untuk menyediakan anak anda agar mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah dengan bersedia untuk menghadapi perbelanjaan kos pendidikan yang tinggi. Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.

HARI TUA
Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda. Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu. Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara. Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

PERLINDUNGAN
Kami tidak pernah inginkan sesuatu yang malang berlaku ke atas anda, kerana itulah persediaan untuk memiliki perancangan awal yang teliti dapat melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan. Takaful keluarga menawarkan anda perlindungan terhadap kejadian yang tidak diingini, apatah lagi kesulitan hidup termasuk kecederaan, penyakit, hilang upaya atau kehilangan orang tersayang. Hidup akan lebih terjamin apabila anda dan keluarga anda dilindungi daripada menghadapi sebarang risiko dalam hidup.

SIMPANAN
Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya? Kami menawarkan anda pelan Takaful Keluarga yang menggabungkan perlindungan bersama program simpanan biasa. Cara ini dapat meningkatkan sumber kekayaan anda dengan lebih menenangkan jiwa sambil anda merancang kewangan anda demi masa depan yang penuh gemilang.

KESIHATAN
Salah satu aspek terpenting dalam kehidupan sempurna adalah mempunyai kesihatan yang baik. Pun begitu, anda tidak tahu bilakah anda akan menghadapi pelbagai isu kesihatan diri. Sebab itulah, anda perlu bijak menyediakan sejumlah wang untuk memenuhi keperluan pelan Takaful anda agar anda mendapat perlindungan yang komprehensif sekiranya anda dihadapi kesulitan pada masa akan datang.

No comments: