Monday, November 17, 2008

AZAB RIBA

Dalil melarang RIBA…

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah : 275)

RINGKASAN HADIS-HADIS MENGENAI AZAB RIBA

(Petikan ceramah Ustaz Syamsuri Hj Ahmad-15 Azab Riba)

1. Kebinasaan dan beberapa penyakit kerana riba adalah maksiat yang besar

2. Berkekalan azab Allah dengan azab dilemparkan batu-batu neraka ke dalam mulutnya di akhirat.

3. Didoakan oleh Rasulullah ke atas orang yang terlibat dengan riba dengan laknat dan jauh daripada rahmat Allah. Tiada belas kasihan Allah di hari Akhirat.

4. Diazab dengan azab yang pedih.

5. Diwajibkan Allah ke atas dirinya sendiri : Bahawa tiada dimasukkan orang yang berbuat riba itu ke dalam syurga.

6. Serendah-rendah Azab.
Sabda Rasulullah: “Riba itu ada 70 pintu neraka, serendah-rendah azab setimpal sepertimana lelaki yang berzina dengan ibunya.”.

7. Pekerjaan riba pada kejinya dan besar dosanya lebih besar daripada mendera 73 orang yang berzina.

8. Memberi amaran akan rosak binasa dan penyebab kebinasaan dan yang mendatangkan sia-sia dan merebakkan penyakit-penyakit serta menghilangkan keberkatan.(Barokah)

Huraian: Tiada keberkatan bukan sahaja pada harta bahkan tiada keberkatan pada keluarganya, rumahtangganya tidak aman, jiwa tidak tenang, kebahagiaan tidak pernah dirasai seumur hidupnya. Hilang keberkatan dalam pelbagai cara. Ada satu kekosongan di dalam hatinya dan cuba mengisinya dengan wang atau hiburan, melancong atau mengerjakan umrah dan sebagainya. Tetapi jiwa masih kosong.


9. Di akhirat nanti akan diutus oleh Allah ular-ular yang mendiami perutnya mengazabnya dengan tujuan untuk menyakitinya.

10. Di akhirat nanti akan dilemparkan di sepanjang jalan supaya ditempuh oleh kafir-kafir yang diazab di neraka pagi dan petang.

11. Tersebar riba itu ke serata tempat adalah sebahagian daripada tanda hampir kiamat. Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah bersabda: Akan tiba suatu zaman tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakannya secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.- Hadis Riwayat Ibnu Majah.
Ulasan :Selagi mana kita tidak terjun masuk kedalam kancah riba, selagimana kita cuba elak daripada terlibat dengan riba kita terkena juga debu-debu yang tidak dapat tidak kita tak boleh elak daripada riba, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita kerana itu tanda akhir zaman sebenarnya.

12. Keluar daripada kuburnya kerana berhimpun di Padang Mahsyar dengan keadaan berjalan sebagai orang yang dirasuk hantu.

13. Dibangkitkan di akhirat nanti dalam keadaan yang tidak sempurna, tempang dan cacat anggotanya walaupun di dunia sempurna.

14. Walaupun banyak harta akan habis jua dengan segera dan kembali menjadi sedikit.
Ulasan: Nampak macam banyak tetapi akhir sekali setelah kita kira sebenarnya tak untung banyak manapun.

15. Orang yang berbahagia itu ialah orang yang jauh daripada riba . Orang yang celaka itu ialah orang yang terlibat dengan riba. Dibenci orang ramai dan mendapat dosa. Dihilangkan nikmat dan diturunkan azab(Bala”)

No comments: