Saturday, November 15, 2008

POLISI TAKAFUL ANDA

ﻪﺗﺎﻛﺮﺒﻭﷲﺍﺔﻣﺣﺮﻮﻡﻛﻳﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ

Salam sejahtera,

Saya polisi eTiQa Takaful anda.

Saya dan saudara mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.
Sekarang ini anda sedang melaksanakan tugas anda --- menyediakan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan juga kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di simpanan anda, mengumpul segala kekuatan dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian kecil daripada pendapatan anda harga untuk saya. Saya diakui sah menurut Kehendak & Syariat Islam. Dengan kehendak dan keizinan Allah s.w.t diharap semoga tidak ada sesuatu musibah pun yang bakal menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air tenang, saya seolah tidak berguna bagi anda sebagaimana bot penyelamat yang tergantung di tepi kapal persiaran. Tapi tanpa diduga pada suatu hari (hanya Allah s.w.t yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat. Anda mungkin tidak sempat melalui esok hari.
Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas --- untuk menyambung dan menyempurnakan apa jua tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga menyediakan peruntukan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana yang anda cita-citakan selama ini. Kebajikan dan kesihatan yang anda sediakan kepada keluarga tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba lebih-lebih lagi pada saat mereka benar-benar memerlukannya.

Apabila tugas anda selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah. Bakti ini merupakan salah satu bekalan jariah yang anda boleh bawa ke alam yang seterusnya.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda simpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya. Jika anda melaksanakan tanggung jawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang benar,


Polisi Takaful Keluarga
eTiQa Takaful Berhad

No comments: