Monday, July 13, 2009

TIP-TIP TAWAKAL DALAM REZEQI


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mereka yang mempunyai hati nurani (sifat tawakal) seperti seekor burung (yang mencari makan setiap hari), pasti dia dimasukkan di dalam syurga." (Riwayat Muslim)




* Rezeqi yang diperoleh datang dari Allah & dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.
* Rezeqi yang kita perolehi adalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeqi yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.
* Rezeqi bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian

* Rezeqi bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam beribadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.
* Allah berhak memberi rezeqi kepada sesiapa sahaja dan berhak menahan rezeqi daripada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeqi
* Rezeqi yang ada di tangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain, iaitu melalui zakat dan sedeqah. Satu keajaiban dalam Islam, semakin banyak kita beri semakin banyak akan kita perolehi nanti, bukan semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus, malah semakin tebal..

Sumber: SOLUSI 9
All Rights Reserved by SyedFarid.eTiQa

No comments: